Friday 13 January 2012

...::coming 2012 ---> bye2 2011::...

Asslamualaium...SELAMAT TAHUN BARU 2012..(walau pon dh lmbat update blog ttp nk wish jgk)alhamdulillah panjang umur..dpr melihat n menyambut tahun baru bersama SUAMI n ANAK tersayang.Banyak kenangan 2011,terutamanya SAAT bergelar seorang MAMA :)pengalaman yang memang tak akan dilupakan sepanjang hidup ini...dan sungguh membahagiakan hidup ini setelah menjadi SURI dihati SUAMI tercinta iaitu MOHD FITHRI dan PUTERA tersayang kite MUHAMMAD ADAM DANIAL..begitu juga dengan rezeki kita 2011..semoga REZEKI kita pada 2012 akan lebih murah lgi.Dan hubungan kita berkekalan hingga ke akhir hayat...kepada mak abh n adik beradik yg berada di melaka,s.alam n sbk bernam SELAMAT TAHUN BARU...

Monday 9 January 2012

Semasa sesaorang bayi itu lahir, dia mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius. Jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.

Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.

Untuk menjadi juara , ibubapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibubapa. Ibubapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.

Pertama, ibubapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogram otak anak-anak kita.

Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak ittu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.

Terdapat ibubapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka.Nanti, anak akan menjadi bongkak.

Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak. Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takabur.

Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibubapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan di mereka. Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul. Contohnya, “ Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikanya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi.

Ibubapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.

Thursday 5 January 2012

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This scrapbook design made with Smilebox
Click to play this Smilebox slideshow
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
This free picture slideshow generated with Smilebox

Cara Agar Suami Terus Tertarik & Sayangkan Anda

Salam Sejahtera dan Salam Hormat buat anda. Artikel kali ini saya lebih tujukan khusus untuk para kaum isteri di luar sana. Ianya adalah bagaimana cara-cara yang boleh anda lakukan bagi menarik perhatian suami anda seterusnya kekalkan rasa sayang dan kasih kepada suami anda.

Adakah anda sudah berkahwin tetapi anda rasa seperti tinggal dengan seorang yang asing di dalam rumah? Ataupun anda sudah mula bosan dengan psangan anda? Jika ya, anda perlu segera sedar dan perbaiki hubungan dengan suami anda. Berikut adalah 3 cara untuk perbaiki hubungan dengan suami anda agar diri anda akan terus menarik di mata dia.

CARA PERTAMA: Selami hati suami

Kadangkala, suami menjadi dingin pada anda kerana mereka mempunyai masalah yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Anda selami dan ambil tahu masalah yang dihadapi oleh suami anda. Pujuk suami anda supaya meluahkan masalah dia pada anda. Jangan beri dia peluang untuk memarahi diri anda.

Jika dia marah, anda pujuklah dia dan nyatakan kesudian anda untuk bersama-sama dengan dia. Apabila dia melihat anda ikhlas, dia akan mula ‘cair’ dan akan meluahkan segala-galanya pada anda. Dengan ini, secara perlahan-lahan, suami anda akan kembali pada anda.

CARA KEDUA: Cantikkan diri dan tarik perhatian suami agar selalu melakukan aktiviti bersama-sama anda

Jika anda mahu pergi ke pasar atau ke mana-manapun, anda paksa dia supaya menemani anda. Tampilkan diri anda dalam keadaan cantik dan ajak dia ke mana sahaja anda pergi. Jika dia melihat anda dalam keadaan cantik, dia tidak akan lepaskan anda. Tambahan pula, ketika anda keluar ramai lelaki yang suka melihat anda. Rasa cemburunya akan menjadikan dia lebih menyayangi dan tertarik kepada anda.

CARA KETIGA: Sentiasa bermanja dengan dia

Sentiasa peluk, cium dan belai suami anda. Lama-kelamaan, dia pasti akan merasa disayangi oleh anda melalui perlakuan anda itu.

Ketiga-tiga teknik ini boleh merapatkan kembali hubungan anda dan suami anda. Kadangkala, lelaki ini hanya nampak semut di seberang tetapi tidak nampak gajah di depan mata. Apa yang anda perlu lakukan adalah menyedarkan dia bahawa anda sentiasa ada di sisi dia.

Wednesday 4 January 2012

JaGa MeNjaGa

13 PANDUAN MENJAGA ALAT SULIT WANITA.

1) Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar,seeloknya menggunakan air.

2) Ketika haid,wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah.Ini kerana darah merupakan media yang sesuai untuk kuman membiak.Bagi wanita yang menggunakan ‘tampon’mereka perlu ingat untuk menukarkannya.

3) Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj.Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bacteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4) Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabka kekeringan dan iritasi kulit dan menjadi gatal.Sesetengah wanita sensitive dan alah pada pewangi dan buih sabun.

5) Pasangan suami isteri diggalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang optimum.Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurankan risikojangkitan kuman pada pundi kencing.

6) Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan ,lebih baik memakai penty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

7) Selain dari itu,bengkak nanah dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam.Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk menggeluarkan nanah dan pengambilan antibiotic.Bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur .Oleh itu kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.

8) Wanita yang mengalami keputihan dengan penjagaan alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit.Keputihan normal boleh berlaku pada waktu –waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid,ketika ghairah seks,kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopause.

9) Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih,putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah.Sekiranya keputihan terlalu banyak ,berketul-ketul kecil,gatal dan berbau,tanda-tanda bengkak,pedih atau sakit pada alat kelamin.Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau system peranakan,wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

10) Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doctor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak,supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.

11) Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak.Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.

12) Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran.Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan,yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.

13) Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa gatal,pedih,kemerahan,wanita itu dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpalah doctor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.