Tuesday 18 September 2012

Vitamin C Shaklee


Apa perbezaan Vitamin C Shaklee?
Assalamualaikum…
Apa itu Vitamin C?
Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif. [1]Ia juga merupakan kofaktor dalam sekurang-kurangnya lapan tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.[2] Bagi haiwan, tindak balas ini adalah penting untuk menyembuhkan luka serta mengelakkan berlaku pendarahan pada kapilari dan pembuluh darah.
Tumbuhan biasanya merupakan sumber terbaik vitamin C, namun jumlah Vitamin C di dalam makanan berasaskan tumbuhan adalah bergantung kepada spesies tumbuhan tersebut, keadaan tanah, suhu dan iklim pertumbuhan tanaman, tempoh masa tuaian, keadaan penyimpanan dan langkah penyediaan.[3]
Mejoriti besar spesies haiwan dan tumbuhan mensintensis vitamin C sendiri, maka sesetengah (bukan semua) keluaran haiwan boleh dijadikan sumber pemakanan vitamin C.
Vitamin C banyak dihasilkan di dalam hati dan kurang dihasilkan dalam otot. Namun sejak otot dijadikan sumber utama bahan daging bagi penggunaan diet makanan harian manusia di barat, produk haiwan bukanlah merupakan sumber vitamin yang terpenting lagi. Vitamin C juga terdapat dalam susu ibu, tetapi tidak terdapat dalam susu lembu mentah.[9] Semua lebihan Vitamin C yang tidak digunakan oleh badan akan disingkirkan melalui sistem ginjal dan dibuang melalui air kencing.
Apa fungsi Vitamin C sebenarnya?
1. Membentuk kolagen.
2. Membaiki Simtom Pendarahan
3. Peningkatan sistem imun.
4. Memerangi kanser
5. Mencantikkan kulit.
6. Memperbaiki insomia
7. Membantu mengekalkan kolstrol sihat.
*****************************************************************************************************************
Shaklee juga mempunyai Vitamin C iaitu diberi nama Sustained Release Vitamin C 500mg.
Sustained Release Vitamin C 500mg
Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam
Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Apakah perbezaan Shaklee?*
“Sains pembebasan secara berterusan secara semulajadi” Vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya[500mg] dan pembebasan 1.5 Vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee [ di dalam jurang masa 5 jam] mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid [ 25% dari bioflavonoid diekstrak dari kuit buah] yang juga dikenali sebagai vitamin C complex. Ia mempunyai kemapuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Pertanyaan
Lia Harun | 0172361279 | liyyaharun@yahoo.com

No comments: